Wednesday, 30 November 2011


- 29 Nov 2011
- Isnin
- Gunung Santubong Sarawak

Aktiviti riadah, kegiatan luar di lakukan oleh pegawai bomba BBP Kuching iaitu membuat pendakian di Gunung Santubong. Aktiviti ini bagi mengisi masa lapang serta menguji fizikal, mental dan stamina sekaligus memberi kepuasan dan pengalaman yang

 amat bernilai kerana berjaya menawan puncak tertinggi di Gunung Santubong serta mengerat kan lagi hubungan sesama rakan sekerja.








Sunday, 27 November 2011



Jumaat | 25 november 2011 | The Spring Shopping Mall Kuching | Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak mengadakan KEMPEN MENCEGAH KEBAKARAN bahagian Zon Kuching. Dua buah Balai Bomba yang turut terlibat serta iaitu Balai Bomba Dan Penyelamat Kuching bersama Balai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya. Di antara aktiviti-aktiviti yang di jalankan  ialah pertandingan mewarna kelab "3K" serta pertandigan kuiz terbuka. Antara yang turut hadir YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sarawak bersama pegawai dari The Spring Shopping Mall bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna dan penyampaian sijil teman pili bomba.












Thursday, 24 November 2011




                                                  







Rabu | 23 November 2011 | Jambatan Tunku Abd Rahman, Satok Kuching | 10:32 Malam | Balai Bomba Dan Penyelamat Padungan menerima panggilan kecemasan kenderaan terjunam di kawasan Jambatan Tunku Abd Rahman Yaakub, Satok. Seramai 20 orang anggota Bomba yang terlibat termasuk Unit Scuba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang. Antara yang terlibat dalam Operasi tersebut ialah Polis DiRAja Malaysia dan JPAM, terdapat seorang mangsa lelaki dan telah di serahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutannya.



Thursday, 17 November 2011



RABU | 16 November 2011 | Kuching Park Hotel | Jam 12:30, Jemputan Makan tenghari ( Majlis Kesyukuran ) kepada anggota bomba Balai Bomba Dan Penyelamat Kuching bersama Kuching Park Hotel atas kepantasan serta ketangkasan anggota bomba Balai Bomba Kuching bersama kakitangan Hotel  kerana berjaya memadam kebakaran di Kuching Park Hotel pada 3 November kira-kira jam 2:45 pagi. Pihak Kuching Park Hotel turut Memberi sijil penghargaan kepada kakitangan hotel yang turut memberi kerjasama pada pihak Bomba semasa kejadian tersebut dan setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak Hotel kepada anggota Balai Bomba Kuching (Pasukan Alpha) yang terlibat dalam operasi tersebut............














RABU | 16 November 2011, Riverside Majestic Hotel Kuching | Bilik Kawalan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuching telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10:48 pagi daripada Cik Johara, melaporkan kebakaran di Riverside Majestic Hotel Kuching. Seramai 5 orang Pegawai Kanan, 25 Pegawai Bomba, 2 buah jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kuching, Balai Bomba Dan Penyelamat Batu lintang serta Unit R.I.M telah bergegas ke tempat kejadian. Di fahamkan terdapat 2 orang mangsa yang terperangkap dalam kebakaran tersebut dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa serta mengawal kebakaran dari merebak lebih jauh lagi. Orang Awam yang berada di kawasan tersebut cemas setelah melihat kejadian kecemasan di Riverside Majestic Hotel dan telah beransur reda apabila setelah di beritahu oleh pegawai yang bertugas ini hanyalah Latihan Kebakaran ( FIRE DRILL )  yang di lakukan oleh pihak Bomba dan pihak Hotel bagi bertujuan Meningkatkan kemahiran serta mengetahui lebih terperinci cara-cara melawan kebakaran di bangunan tinggi sekaligus memberi  paduan kecemasan kepada kakitangan pihak hotel jika berlakunya kecemasan seperti ini.

Sunday, 13 November 2011


HARI TERBUKA MERS 999 2011



ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN







MERS 999 2011






Pada 22 Julai 2011, bertempat di Telekom Kuching Sarawak hari terbuka MERS 999 telah diadakan. Antara Jabatan yang telah menjayakan hari tebuka MERS 999 tersebut ialah Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia...

Saturday, 12 November 2011



PBK II Abu Bakar Hamdan Membuat demonstrasi  cara-cara membentang hos dengan betul dibantu oleh PB Zulkipli dan PB Mohd Ismail










Antara kakitangan The Spring Shopping Mall yang menghadiri kursus di Balai Bomba Dan Penyelamat Kuching





Latihan Kawad Operasi  3A 




Latihan secara teori dan praktikal oleh Pegawai Bomba BBP Kuching kepada orang awam adalah amat penting dari segi persediaan awal mencegah bahaya kebakaran. Dengan latihan sebegini dapat serba sedikit memberi pengetahuan tentang cara-cara pengguna peralatan memadam kebakaran di tempat kerja mahupun di rumah. Selain daripada itu, orang awam juga penting bagi mengetahui bagaimana pentingnya kelengkapan kebombaan yang berada di tempat kerja ataupun di tempat awam.....